Mahkamah Khas Nafkah Sudah Mula Beroperasi

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah) telah pun diluluskan oleh kabinet. Susulan daripada itu, ia telah pun beroperaso pada mulai 3 September di Dewan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan rasmi yang diumumkan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) menggunakan pendaftaran kes pertama pada hari ini dengan nombor pendaftaran kod kes mahkamah 14005.

Sementara itu Hakim Syarie pertama yang diamanahkan mengendalikan kes di dewan MRS (Bahagian Nafkah) ialah Abdullah Zuhdee Ab Halim.

Dijangka Daat Memendekan Tempoh Selesai Kes Kepada 6 Bulan

Dalam kenyataan media tersebut, turut dijelaskan dengan beroperasinya MRS (Bahagian Nafkah) ini, ia dijangka akan memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan sahaja.

Ini selari dengan tujuan penubuhan Mahkamah Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ini untuk menyelesaikan secara sekali gus kerana kebiasaan amalan pada hari ini, proses untuk perceraian, proses menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh yang agak panjang.

“Pemerkasaan mahkamah syariah merupakan sebahagian daripada agenda utama kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan keadilan dapat diberikan sebaik mungkin kepada masyarakat.”

Memastikan Hak Anak / Bekas Isteri Tidak Terabai

“Melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan diwujudkan,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, fasa pasca bicara selepas perintah yang dikeluarkan juga diberikan penekanan melalui program itu.

Jelasnya, ia selari dengan prinsip syariah yang digariskan dalam risalatul qada bahawa tugas mahkamah syariah tidak terhenti setakat mengeluarkan perintah bahkan perlu memastikan perintah yang dikeluarkan itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Justeru pewujudan bahagian penguatkuasaan dan pelaksanaan bersama perjawatan bailif yang tiada di MSWP sebelum ini telah direncana dengan baik untuk program ini.

“Adalah diharapkan dengan permulaan pelaksanaan program ini pada hari ini, ia dapat menjadi pencetus kepada usaha pemerkasaan mahkamah syariah di seluruh negara dan mendapat kerjasama semua pihak untuk dilengkapkan serta direalisasikan sebagaimana pakej keseluruhan program yang dirangka”.

Sumber: Sirap Limau

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago