Jangan Jadikan Kisah Adib Satu Isu Perkauman, Ini Saksi Penting Inkues Adib Yang Patut Anda Kenali.

Keputusan inkues Allahyarham Adib sudah Pun Diumumkan,  dengan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini membuat keputusan yang kematian Muhammad Adib  adalah akibat dari tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Baca artikel berkaitan : Kematian Adib Disebabkan Jenayah Individu Tidak Dikenali

Keputusan yang sangat di harapkan oleh keluarga Adib, tunangnya, Seluruh anggota bomba dan penyelamat di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat arwah.

Walaupun Adib telah tiada, namanya tetap tidak akan dilupakan sebagai wira negara.

Namun dalam masa yang sama, masih timbul suara-suara kurang enak yang sebenarnya jika tidak dibendung mampu memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tidak dapat dinafikan pergaduhan dan rusahan yang tercetus sehingga kematian perwira negara ini bagai satu pergaduhan antara 2 kaum, namun hakikatnya pergaduhan tersebut hanyalah membabitkan antara 2 kumpulan yang berlainan ideologi dan pendapat. Tidak lebih dari itu! dan Adib pula hadir ke sana bagi menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang pegawai bomba dan menyelamat.

Malah harus di ingatkan, dan harus dikenalkan antara saksi penting sehingga keputusan inkues memihak kepada arwah Adib adalah seorang lelaki yang bernama R Narresh.

Foto: Metro

Lelaki ini adalah saksi ke 9 dan yang lebih penting lelaki ini adalah insan yang menghantar Adib ke Subang Jaya Medical Center(SJMC) untuk rawatan dan dia juga adalah orang yang menghubungi rakan sekerja Adib bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

Walaupun merasakan pahit apabila dipulaukan oleh rakan-rakannya semenjak memberikan keterangan sebagai saksi inkues, malah dia dan keluarga dikecam hebat, Narresh tetap bercakap perkara yang beliau sendiri lihat di depan mata atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Pahit rasanya apabila saya dipulaukan oleh rakan-rakan sendiri serta menerima pelbagai tohmahan sejak memberikan keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib dalam insiden rusuhan itu.

Foto : Berita Harian

“Tapi pada hari ini, semuanya bertukar menjadi manis kerana akhirnya terbukti saya tidak mereka cerita mengenai kejadian itu,” kata saksi inkues kesembilan, R Narresh, 30.

Dipetik dari Metro, Narresh menjelaskan dia tidak pernah menuduh mana-mana individu atau bangsa yang bertindak memukul Adib. Cuma memberitahu perkara yang diihat di hadapan matanya sahaja.

“Saya memberitahu perkara yang saya lihat dan membantu Muhammad Adib kerana tiada siapa mahu berbuat demikian pada malam kejadian”

Beliau turut berjuang demi keadilan untuk Adib secara tidak lansungnya.

Malah Narresh yang juga seorang sukarelawan Angkatan Pertahan Awam(APM) mahu membuktikan bahawa tujuan nya membantu Adib adalah bagi menunjukkan rakyat negara ini tidak bersifat perkauman.

“Sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), saya mahu buktikan bahawa tindakan saya membantu mangsa menunjukkan rakyat Malaysia tidak bersifat perkauman dan wajib membantu insan yang dalam kesusahan,” katanya yang bersyukur dengan keputusan mahkamah pagi tadi.

Terima kasih Narresh, terima kasih semua saksi yang membantu inkues Adib. Seperti anda, saya juga mahukan keadilan untuk Adib, seorang perwira negara yang terkorban sewaktu menjalankan tugas.

Alfatihah..

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

37 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago