“Macam Mana Saya Boleh Ada Dalam Industri Kalau Tiada Bakat” – Haneesya Hanee

Masih lagi dalam mood ABPBH2019 nampaknya rakyat Malaysia kita, sehinggakan kisah kemenangan Haneesya Hanee masih lagi diperbincangkan di media sosial Twitter. Malah namanya kekal trending dalam Twitter di Malaysia.

Bukan itu sahaja gadis tersebut masih berterusan dikecam netizen sehingga isu warna kulit yang selalu di bangkitkan Haneesya kembali berkumandang di Twitterjaya.

Apa yang pasti segalanya bermula selepas Haneesya memuat naik gambar screenshot status seorang pemuda yang menggelarnya “Haneesya Hitam”. Malah dia turut menyertakan gambar pemuda berkenaan.

Motif pemuda terbabit?
Tidak kami ketahui. Cuma pada pendapat peribadi penulis,memang tak sepatutnya digunakan walaupun ianya tidak ditujukan secara direct kepada Haneesya.

Namun keadaan menjadi panas selepas seorang dari peminat gadis itu  menasihatinya gara-gara tindakannya memuat naik status terbabit dengan meminta pemenang Bintang Baru Paling Popular ABPBH 32 itu supaya berhenti melayan cemuhan netizen mengenai isu kulit jika mahu bertahan lama di dalam industri.

“Saya seorang peminat awak, dan gembira yang awak berbangga dengan warna kulit awak. Tapi untuk kekal dalam industri, berhenti menggunakan isu ini. Ramai je artis yang gelap, tp diorang berdiri atas bakat, seperti Dayang dan Neeta. Bila awak terus macam ni, akan nampak macam awak terdesak nak orang terima awak dalam industri sebab awak takde bakat”

Namun mungkin perkataan di hujung tweetnya yang agak mengelirukan telah membuatkan Haneesya salah faham sehingga gadis manis ini menjadi berang.

Dia kemudiannya membalas Tweet tersebut dengan mengatakan tanpa bakat dia tidak akan berada dalam industri hiburan.

Tindakan Haneesya itu mengundang kecaman netizen dan menyifatkan gadis itu langsung tidak boleh menerima teguran. Tidak kurang juga yang cuba berusaha untuk menerangkan maksud sebenar peminat tersebut .

Namun dalam masa sama masih ada yang bersetuju dengan Haneesya dan mengharapkan netizen berhenti menghentam gadis tersebut. Tidak kurang juga yang meminta Haneesya untuk beralih ke Instagramnya kerana keupayaan featuresnya menutup ruangan komen.

Diharap di masa mendatan,g Haneesya, sebagai seorang selebriti akan lebih berwaspada dalam memuat naik status atau membalas komen kerana setiap kata atau tindak tanduknya sentiasa diperhatikan .Diharapkan segala cemuhan dan kata-kata negatif yang keluar dari mulut netizen dijadikan sebagai bahan pembakar semangat untuk lebih berjaya.

P/S: Setakat artikel ini ditulis perang di Twitter masih lagi berlangsung dengan jayanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago