Now Reading
“Saya tak pernah abaikan anak kami” – Dr Che Hafiz Nafi Dakwaan Tidak Bertanggungjawab Terhadap Isteri dan Anak

“Saya tak pernah abaikan anak kami” – Dr Che Hafiz Nafi Dakwaan Tidak Bertanggungjawab Terhadap Isteri dan Anak

Kemelut rumah tangga Lufya Omar sekali lagi hangat diperkatakan pelakon itu mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali. Malah, Lufya mendakwa suaminya itu tidak menjalankan tangungjawab pada dirinya dan anak mereka.

Bagaimanapun, Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan kononnya dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Akui tidak lagi tinggal sebumbung bersama Lufya, namun dia tetap memberi nafkah pada anak mereka.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/10/08/belajar-agama-untuk-tujuan-berdakwah-bukan-untuk-menunjuk-suami-sindir-lufya-omar/

“Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

“Tidak pernah lagi saya abaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung,” katanya kepada mStar Online.

Enggan memberi kenyataan mengenai kegagalannya hadir ke mahkamah semalam, bagaimanapun Dr Che Hafiz berkata dia sudah pun memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat.

Terdahulu, Lufya menfailkan cerai terhadap suaminya pada bulan lalu. Kisah rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian apabila Lufya mendedahkan suaminya melakukan penganiayaan terhadap dirinya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.