Now Reading
“Jika ada tawaran untuk anak kami, apa salahnya” – Mawar Rashid

“Jika ada tawaran untuk anak kami, apa salahnya” – Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob terbuka dengan sebarang tawaran yang mahu membawa anak mereka, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia tujuh bulan menceburi bidang lakonan.

Menurut Mawar, dia dan suami melihat perkara terbabit dari satu sudut positif.

“Jika ada tawaran untuk anak kami, apa salahnya. Saya dan suami sendiri dibesarkan dalam keluarga seni. Jika ada tawaran, kami menganggap itu rezeki anak. Setiap pendapatan yang diperolehi nanti pastinya akan disimpan dan digunakan untuk masa hadapan anak.

“Tetapi, bila dia besar kelak, dia berhak menentukan apa yang dia gemari. Buat masa ini, anak kami mendapat beberapa tawaran untuk menjayakan iklan serta tajaan dari beberapa pihak,” katanya.

Tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan selama hampir dua tahun, Mawar bersedia untuk kembali aktif di set penggambaran.

“Saya berehat kerana ingin berkahwin. Selepas itu, saya memberikan komitmen terhadap suami dan akhirnya saya hamil. Secara tidak sedar, rupanya hampir dua tahun saya tidak menjengah ke set penggambaran.

“Kini, anak sudah berusia tujuh bulan. Saya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan kerana ini merupakan minat saya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.