Netizen Soal Alif Satar Tentang Solat Semasa Cabaran Ironman, Ini Jawapan Beliau

Alif atau Muhamad Alif Mohd Satar, 29, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/10/29/hebat-alif-satar-berjaya-tamatkan-cabaran-ironman-dalam-masa-15-jam/

Beliau mendedahkan bagaimana dia menunaikan solat semasa menyertai cabaran Ironman Langkawi 2019 baru-baru ini.

Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.

“Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet Muslim,” tulisnya.

Alif menulis jawapan sedemikian sebagai respon terhadap soalan netizen di ruangan komen akaun Instagram (IG) miliknya.

“Maaf tanya.. Kalau dah lenjan 15 jam macam tu, solat kat mana ye? 

“Mereka ada stop solat ke? Maaf bertanya,” soal netizen tersebut.

Ia merupakan percubaan kedua penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu dalam cabaran sama.

Tahun lalu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago