Bukan sahaja boleh menanyi, berlakon dan mengacara, Alif Satar juga sekali lagi bergelar Ironman Langkawi 2019 apabila berjaya menamatkan cabaran 3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Alif menyifatkan kesemua cabaran yang dilakukan itu merupakan perkara yang tidak masuk akal pernah dilakukannya.
Dalam pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Tahun lalu, Alif mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.