Now Reading
YouTuber Terkenal, ‘Grandpa Kitchen’ Meninggal Dunia

YouTuber Terkenal, ‘Grandpa Kitchen’ Meninggal Dunia

Mempunyai jutaan pengikut daripada seluruh dunia, channel masakan di Youtube yang dikenali sebagai ‘Grandpa Kitchen’ tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kelincahan Narayana Reddy, warga emas yang berusia 73 tahun dari Telangana, India itu ketika memasak hidangan dengan jumlah untuk anak-anak yatim yang memerlukan sememangnya mengujakan ramai.

Malah, cara masakan di luar rumah dengan menggunakan kayu api kelihatan santai dan bersahaja.

Namun, aksi terbaru daripada ‘tukang masak’ yang sama mungkin sudah tidak dapat ditonton lagi apabila warga emas tersebut dilaporkan telah meninggal dunia.

Ini merupakan video upacara pengebumian Grandpa yang dimuat naik di Youtube.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di video tersebut berasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.