Isa Khan Kongsi Gambar Bersama GF, Netizen Teka “Dia” Adalah Risteena

Kalau sebelum ini kami ada berkongsikan kisah pelakon Risteena, yang sama seperti adiknya,Ruhainies yang kerap berkongsi gambar bersama ‘kekasih’ yang belum pernah di perkenalkan kepada khalayak, namun ada segelintir netizen yang membuat tekaan bahawa jejaka berkenaan adalah pelakon Isa Khan.

Baca artikel berkaitan : Macam Mana La Saya Tak Jatuh Cinta-Risteena Munim

Terbaru, Isa Khan turut membuat perkara yang sama dengan memuat naik gambar dirinya bersama seorang wanita yang merupakan kekasihnya di Instagram.

Berserta foto tersebut, Isa turut mencoret kapsyen panjang memberi bayangan bahawa dia kini sedang berbahagia selepas sekian lama berseorangan.

“Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapapun.

“Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.

“Kamu telah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracuni fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.

“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa sudah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang,” tulisnya.

Isa bagaimanapun memohon maaf kepada rakan media kerana dia seperti belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang cuba meneka ‘kekasih’ Isa Khan adalah Risteena memandangkan pelakon cantik berkenaan juga sedang hangat dilamun cinta dan belum pernah lagi menunjukkan wajah kekasihnya.

Apa yang pasti hanya mereka berdua yang tahu adakah benar spekulasi tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

22 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

22 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

22 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago