fbpx

“Macam Mana La Saya Tak Jatuh Cinta Dengan Lelaki Macam Ni” – Risteena Munim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3xVI5TJ0hH/

Lama tak dengar mengenai pelakon Risteena, yang baru-baru ini difahamkan terlibat dalam satu kemalangan kecil sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital. Namun nampaknya pelakon dan juga model ini dilihat sudah pulih dan  kembali giat menjalankan aktiviti seninya.

Terbaru pelakon wanita ini telah berkongsi sekeping foto momen sewaktu dia bersama kekasih hatinya  yang telah dimuat naik di akaun IG miliknya.

Dapat dilihat yang Risteena turut dihadiahkan sejambak bunga semasa pertemuan singkat mereka itu. Namun sama seperti adiknya, pelakon Ruhainies, Risteena bagaimapun tidak mempamerkan wajah lelaki berkenaan.

“Dia bangun pada jam 6 pagi , turun dari Cheras demi mengambil saya di KL dan kemudian menghantar saya balik ke Cheras untuk shooting, dia turut menghadiahkan saya bunga. Macam manalah saya tak jatuh cinta dengan lelaki ini

Terima kasih untuk segalanya! Setiap hari! ” tulis Risteena lagi.

Rata-rata netizen memuji kekasih Risteena yang dilihat romantis.

Tidak kurang juga yang cuba meneka siapkah gerangan orangnya . Hehe

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.