Masihkah anda ingat kisah dua lelaki yang videonya tular membunuh seekor kucing bunting dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Gombak Ria, pada September tahun lalu.
Seorang lagi dari lelaki berkenaan harini telah dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM 40,000 oleh Mahkamah Seksyen Selayang dengan perintah hukumuan bermula hari ini dan tambahan empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Hakim Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap K Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Keputusan dibuat selepas mahkamah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan secara maksuma serta hujahan lisan oleh kedua-dua pihak.
“Mahkamah mengambil kira tertuduh adalah individu yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian dan bertindak mengunci haiwan itu ketika kejadian.
“Hukuman yang diberikan ini diharap dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menzalimi haiwan,” katanya.
Mengikut pertudahan K Ganesh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing di premis Dobi Queen Self Service Laundry Taman Gombak Ria, Batu Caves antara 12 malam dan 1 pagi 11 September 2018
Terdahulu pada 17 Januari lalu, rakan tertuduh A Mohanraj seorang pemandu teksi dipenjara dua tahun atas kesalahan sama.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…