fbpx
Now Reading
Pembunuh Kucing Dobi Terima Balasan Dipenjara 34 Bulan

Pembunuh Kucing Dobi Terima Balasan Dipenjara 34 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat kisah dua lelaki yang videonya tular membunuh seekor kucing bunting dalam  mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Gombak Ria, pada September tahun lalu.

Seorang lagi dari lelaki berkenaan harini telah dihukum penjara 34 bulan dan didenda  RM 40,000 oleh  Mahkamah Seksyen Selayang dengan perintah hukumuan bermula hari ini dan tambahan empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap K Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Keputusan dibuat selepas mahkamah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan secara maksuma serta hujahan lisan  oleh kedua-dua pihak.

“Mahkamah mengambil kira tertuduh adalah individu yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian dan bertindak mengunci haiwan itu ketika kejadian.

“Hukuman yang diberikan ini diharap dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menzalimi haiwan,” katanya.

Mengikut pertudahan K Ganesh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing di premis Dobi Queen Self Service Laundry Taman Gombak Ria, Batu Caves antara 12 malam dan 1 pagi 11 September 2018

Terdahulu pada 17 Januari lalu, rakan tertuduh A Mohanraj seorang pemandu teksi dipenjara dua tahun atas kesalahan sama.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.