“Tak ada orang paksa kita untuk tonton…” – Sharifah Amani Ulas Isu Tapis Netflix

Baru-baru ini hangat di media sosial isu tapis Netflix yang dicadangkan oleh Pengarah Filem dan CEO FINAS, Ahmad Idham. Ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut termasuklah selebriti seperti Sharifah Sakinah yang ingin baring di depan pejabat FINAS jika Netflix ditapis.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/11/18/kalau-kerajaan-tapis-netflix-saya-kan-baring-depan-finas-sharifah-sakinah/

Pelokon, Sharifah Amani pula berpendapat kerajaan tidak perlu menapis kandungan platform penstriman seperti Netflix kerana ia boleh ditetapkan sendiri pengguna untuk disesuaikan dengan usia penonton.

Katanya, sebagai pengguna, mereka boleh menetapkan sendiri tetapan di Netflix sama ada mahu menyekat kandungan yang tidak sesuai ataupun tidak.

“Tak ada orang paksa kita untuk tonton. Kalau tak tahu bagaimana nak buat tetapan, ada tutorial bagaimana untuk melakukannya,” katanya mengulas cadangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan drama di platform penstriman video, Netlix melalui proses tapisan kerajaan.

Amani, 33, yang ditemui di majlis pelancaran program sitkom Kopitiam: Double Shot di Petaling Jaya, hari ini berkata, kandungan yang dipaparkan di kaca televisyen tempatan juga ada yang tidak sesuai untuk penonton.

“Walaupun kandungan di saluran televisyen tak berbayar sekali pun, banyak yang perlu dipantau. Tapi, kenapa tak pantau?

“Banyak lagi masalah yang perlu kita selesaikan berkaitan industri seni. Royalti, perbelanjaan, hak pekerja seni dan banyak lagi perlu diambil berat,” katanya.

Amani yang dikenali kerana lantang dalam melontarkan pendapat berkata, dia sendiri sudah letih untuk berkata apa-apa.

“Saya pun dah letih dan buntu untuk meminta pihak terbabit mencari penyelesaian serta jalan bagi membantu pekerja seni dalam isu yang disebutkan tadi,” katanya.

Ahmad Idham dalam kenyataan di laman Twitter dan Instagramnya Ahad lalu menjelaskan, dia mengambil maklum keluhan ibu bapa di zaman siber ini yang bertanyakan akan kemasukan cerita tidak ditapis ketika merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera 2019 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Dalam muat naik itu, Ahmad Idham juga berkata, FINAS tidak ada kuasa untuk menapis kandungan, namun ingin mencari jalan terbaik.

“Untuk makluman juga FINAS tiada kuasa untuk menapis, tetapi dalam konteks kandungan digital, FINAS sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya memberi impak yang positif kepada masyarakat dan negara,” tulisnya.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago