“Itu Wang Terakhir Pemberian Ayah Sebelum Meninggal Dunia”- Kisah Duit RM 10

Sebelum ini viral di Facebook sebuah posting yang dimuatnaik Hyza Ezany mencari pemilik asal kepada sekeping wang kertas bernilai RM 10 yang mempunyai nota ringkas yang tertulis : ‘ Ini adalah wang terakhir pemberian ayah ‘ siap dengan tarikh dan juga waktu.

Posting Hyza Ezany itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah dengan kuasa viral, posting  yang turut dikongsi  oleh 25 ribu orang pengguna Facebook itu akhirnya berjaya menemui pemilik asal wang berkenaan; Anne Malar Yesudass

Anne Malar Yesudass yang terharu  memberitahu melalui posting di Facebooknya bahawa wang RM10 itu adalah miliknya sebelum ia hilang selepas dompetnya dicuri pada 1 September tahun lalu.

“Saya sudah jumpa individu yang jumpa duit saya, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi kongsi penemuan duit ini.

“Duit itu adalah benda yang paling berharga dalam hidup saya. Diberikan oleh ayah kepada saya pada 21 Mei 2010, ketika itu saya berusia 17 tahun.

“Ayah berikan duit ketika menghantar saya kesekolah, namun sayangnya tarikh itu adalah kali terakhir saya bertemunya di dunia. Bapa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Saya berasa sedih kerana itu satu-satu duit dan barang peninggalan dari bapa untuk saya. Tidak kisah jika dompet hilang tetapi jangan ambil duit itu.

“Saya sangat berterima kasih kepada Hyza Ezany di atas perkongsian itu. Terima kasih tidak cukup untuk balas jasanya tetapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak.

“Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kongsi status Hyza Ezany. Terima kasih sekali lagi. Saya sayang ‘appa’, saya rindu dia sangat-sangat,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago