Now Reading
[VIDEO] “Allah Dah Atur Semuanya” – Isteri Da’i Farhan Cerita Detik Pertemuan Dengan Suami di Tanah Suci

[VIDEO] “Allah Dah Atur Semuanya” – Isteri Da’i Farhan Cerita Detik Pertemuan Dengan Suami di Tanah Suci

Isteri kepada pendakwah sensasi Da’i Nik Farhan, Dr. Erin mendedahkan perkara sebenar yang berlaku antara dirinya dan Da’i Farhan di Tanah Suci Mekah.

Pada mulanya Dr Erin yang menunaikan Umrah berangkat bersama calon suaminya namun pulang ke tanah air bersama lelaki lain iaitu Dai’ Farhan setelah mendapat beberapa petunjuk di Tanah Suci.

“Saya pergi Makkah untuk menunaikan umrah dengan calon suami lain dan balik semula ke Malaysia dengan lelaki lain (iaitu Farhan),” kongsinya teruja.

Cerita Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, pertemuannya bersama Farhan di Makkah bagaimanapun mencoretkan lembaran baharu dalam hidupnya.

Dr Erin juga berkongsikan kisah perkahwinannya bersama bekas suaminya.

Bagaimanapun, jodoh tidak berpihak padanya apabila terpisah dengan ajal dan perceraian dalam perkahwinan-perkahwinan terdahulu.

“Ini perkahwinan ketiga saya. Ustaz tahu semua fasal saya dan dia boleh terima saya seadanya.

“Suami pertama saya meninggal dunia dan kemudiannya berpisah dengan kerelaan hati. Tetapi kami masih berkawan baik sampai sekarang.

“Allah berikan saya pengajaran atas perkahwinan sebelum ini untuk saya jadi kuat sebelum dia temukan saya dengan ustaz (Da’i Farhan).

“Anak-anak saya sangat menyokong perkahwinan ini sebab saya sudah latih mereka dari kecil lagi untuk berfikir secara rasional.

“Apabila saya kata ada papa baru, mereka akan gembira,” katanya kepada Gempak.

Saksikan temu bual bersama Dr Erin yang dirakamkan oleh Gempak.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.