Berhenti Guna Nama Ustaz Untuk Memuliakan Diri – PU Amin

Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang pendakwah muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal beranak lapan walaupun isteri pertamanya sedang sarat hamil.

Malah sebelum kisah pendakwah tersebut hangat diperkatakan seorang lagi pendakwah pernah terbabit dengan isu yang sama. Perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan ramai netizen memberikan pandangan yang agak negatif terhadap peranan mereka sebagai pendakwah.

Isu ini turut mendapat perhatian pendakwah muda, PU Amin. Beliau menerusi posting di IG nya dilihat meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pendakwah yang merosakkan reputasi pendakwah itu sendiri sehingga boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap mereka.

“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku, kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.

“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.

PU Amin dalam masa sama turut menasihatkan sesiapa yang menggunakan gelaran pendakwah atau ustan untuk kesenangan mereka agar segera kembali ke jalan yang benar

“Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz..

“Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini, fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Pencetus Ummah Amin berkata dia akan tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai pendakwah meskipun menerima pelbagai ujian dan akan terus memanjatkan doa supaya diberikan kekuatan dalam menegakkkan syiar Islam.


Recent Posts

  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

19 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

29 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

44 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago