Kamn Ismail, Pencipta Karakter Keluang Man dan Usop Sontorian Meninggal Dunia

Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Menurut kenyataan laman media sosial Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), arwah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang kerana serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

“Pada 1997 beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

“Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu,” kata kenyataan itu, pada Ahad.

Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.

“Animas berduka cita dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago