“Malique Kecewa Penyebaran Gambar Dia Baru-Baru Ini” – Zizi Kirana

Kecoh baru-baru ini apabila foto dipercayai bekas anggota Too Phat, Malique bercuti bersama keluarganya tular di media sosial. Difahamkan, gambar tersebut dirakam dari jarak jauh oleh seorang peminatnya.

Dipetik dari mStar, ekoran dari penyebaran gambar tersebut, Zizi Kirana, anak didik Malique akhirnya membuka mulut dengan mendedahkan yang penyanyi rap lagenda itu sedikit kecewa apabila gambarnya bersama ahli keluarga disebarkan .

Baca artikel berkaitan : Foto Malique Bersama Keluarga Tular

“Ya! Malique ada meluahkan rasa kecewa dengan penyebaran gambar dia bersama keluarga di lapangan terbang di sebuah negara baru-baru ini.

“Dia mengaku rasa kurang selesa apabila mendapat tahu ada orang kongsi gambar itu di Facebook sehinggakan ia menerima liputan beberapa blog”

“Tapi saya cakap dengan dia biasalah sekarang ini zaman media sosial, apa-apa pun orang akan muat naik dahulu, jadi perkara sebegitu pasti akan berlaku,” katanya kepada portal berkenaan.

Malique dan Joe Too Phat

Zizi yang mengakui begitu selesa bekerjasama dengan Malique malah mengganggap penyanyi rap lagenda berkenaan seperti abangnya turut menasihatkan peminat yang ingin bergambar dengan Malique supaya bertemu dan meminta kebenarannya terlebih dahulu.

“Sebenarnya ramai saja peminat yang bergambar dengan Malique sebelum ini, dia okay sahaja kalau minta bergambar.

“Itu lebih baik daripada rakam gambar curi-curi…. dia kurang selesa lebih-lebih lagi jika dia bersama isteri dan anak-anak” ujar Zizi lagi.

Terdahulu Malique hilang secara misteri dalam dunia hiburan selepas kumpulan Too Phat berpecah pada tahun 2007. Namun dia masih mengeluarkan lagu dan lebih selesa bekerja di sebalik tabir.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

45 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago