Wanita Mat Salleh Cuba Dekati Wak Doyok Tapi Ibu Lebih Lebih Suka Wanita Melayu

Siapa tidak kenal dengan Wak Doyok, ikon fashion terkenal di Malaysia yang membawa konsep ‘gentleman’ dengan suit segaknya. Ramai yang mungkin tidak sangka bahawa usianya sudah mencecah 40 tahun. Pasti ramai tertanya-tanya bila beliau bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, Wak Doyok memberitahu dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

BACA : wak doyok nak bergurau je.

Menurut Wak Doyok, dia kini sedang mencari pasangan hidup dan mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekatinya. Namun, Wak berkata ibunya lebih sukakan wanita Melayu.

“Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

“Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita Melayu, cuma mereka yang tak minat saya. Saya tak mencari tapi kalau jumpa yang okay jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan ciri wanita idamannya, Wak Doyok memberitahu selain memiliki rupa paras yang cantik dia mahu bakal isterinya seorang wanita yang tahu memasak kerana dia tidak suka makan diluar.

“Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

“Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya, itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh saya tak nak isteri yang aktif di laman sosial,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

14 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

15 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

15 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

17 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

17 hours ago