fbpx
Now Reading
Mulai 2020, Thailand Haramkan Plastik Sekali Guna

Mulai 2020, Thailand Haramkan Plastik Sekali Guna

Bagi yang suka melancong atau berhasrat ke Thailand, ada undang-undang baru yang digunakan di sana menjelang tahun 2020. Iaitu pengharaman penggunaan plastik sekali guna.

Ia selaras dengan usaha meneruskan kempen kerajaan ke arah larangan penuh menjelang tahun 2021.

Reuters melaporkan larangan sepenuhnya itu nanti bertujuan mengurangkan sisa buangan dan sampah negara itu daripada berakhir di laut.

Kesedaran awam tentang risiko plastik terhadap haiwan dan alam sekitar diketengahkan sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila selepas insiden haiwan seperti rusa dan anak dugong yang ditemui mati dengan perut berisi pelbagai bahan plastik.

“Thailand berada dalam kedudukan keenam dalam senarai negara-negara dunia yang menghasilkan sampah di laut.

“Dalam tempoh lima tahun, kita sudah memperbaiki kedudukan dan kini di tempat ke-10…. terima kasih atas kerjasama semua rakyat Thailand,” ujar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-Archa.

Kementerian itu merekodkan negara Thailand berjaya mengurangkan penggunaan sehingga 2 bilion beg plastik, atau kira-kira 5,765 tan pada tahun lalu.

See Also

Itu adalah pencapaian fasa pertama dalam menggalakkan konsumer menolak penggunaan beg plastik di kebanyakan premis secara sukarela.

Varawut berkata, aspek paling mencabar adalah untuk melupuskan 40 peratus terakhir beg plastik yang kini masih ada di pasar segar dan di kawasan luar bandar.

Jadi kepada anda yang ingin ke Thailand jangan lupa bawa beg guna semula untuk membeli belah di sana yea!

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.