Tips Cegah Influenza Dari Pakar Perubatan, Dr Suhazeli Abdullah

Para ibu bapa diminta agar berjaga-jaga dan terus membawa anak-anak ke pusat rawatan atau hospital jika mereka diserang demam, selesema dan batuk berpanjangan.

Dr Suhazeli Abdullah, pakar perubatan keluarga berkata, simpto-simpotom ini dikhuatiri antara tanda jangkitan virus influenza yang sekiranya tidak dirawat segera boleh membawa kepada komplikasi serius hingga meragut nyawa selain.

Perkongsian pakar ini menerusi facebooknya diharap dapat dapat dimanfaatkan oleh para ibu bapa untuk mengurangkan kadar jangkitan influenza yang dilihat semakin meningkat dari hari ke hari.

Sumber : MOH Malaysia

Ikuti perkongsian Dr Suhazeli di bawah :

Jika anak anda disyaki Influenza.

1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.

2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.

3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.

Sumber : MOH Malaysia

4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
a. Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
b. Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
c. Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
d. Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.

5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.

6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.

Sumber : MOH Malaysia

7. Jaga kebersihan persekitaran rumah

8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.
I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.

9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

22 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago