Lisa BLACKPINK Bernilai RM2.7 Juta Untuk Jadi Bintang Iklan

Sebut sahaja BLACKPINK, pastinya ramai dapat membayangkan kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita yang menjadi fenomena dalam dunia K-pop ketika ini.

Kumpulan yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose ini begitu popular sehingga ramai yang tergila-gilakan mereka, lapor Astro Awani.

Namun, satu ahli kumpulan K-pop ini sering mendapat perhatian netizen — Lisa, satu-satunya ahli yang berasal dari Thailand.

Lihat sahaja pengikutnya di akaun Instagram. Seusia 23 tahun, Lisa merupakan artis K-pop yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram iaitu seramai 28.5 juta, sekali gus mengalahkan jumlah pengikut bagi akaun BTS atau Bangtan Boys.

Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.

Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.

Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:

5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara

10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama

15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem

20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk

Namun, jika benar, tidak hairanlah kerana wanita yang dikenali oleh seluruh dunia itu pastinya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran industri hiburan.

Sumber: Astro Awani
Kredit foto: E!

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago