Kini media sosial hangat tentang berita pelakon cilik, Puteri Balqis yang jatuh sakit dan hanya menjual buku puisi sebagai sumber pendapatan. Pelbagai cerita mengenai beliau dan ibunya Norashikin Mohd Aziz yang berlegar di media sosial dan blog hiburan.
Baru-baru ini timbul konstroversi di media sosial apabila Puteri ingin menggunakan duit bantuan RM100,000 untuk melabur Forex. Pelbagai kecaman yang diterima mengenai niat beliau.
BACA :Netizen persoal tujuan puteri balqis mahu labur forex guna duit bantuan.
Norashikin menurut Harian Metro menafikan dakwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Norashikin ketika dihubungi berkata, dia terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu selain menyifatkan ia fitnah.
“Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.
“Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.
“Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami,” katanya kepada Harian Metro.
Terbaru, timbul pula cerita mengatakan anaknya sengaja menyahaktif akaun Instagram.
“Betul, Aqish (Puteri Balqis) tutup Instagram,” katanya.
Dia kecewa dan sedih apabila terlalu banyak mendapat mesej di Instagram berkenaan apa yang berlaku. Apatah lagi semuanya tidak betul.
“Jadi, buat sementara waktu dia tidak mahu ada Instagram. Dia mahu fokus pada diri sendiri dan menjual buku. Ini saja yang kami ada sekarang. Tapi, jangan pula anggap Aqish tutup Instagram sebab nak lari. Itu tidak sama sekali. Tak elok tuduh kami macam itu.
“Kami tidak ke mana-mana, masih lagi menjual buku macam biasa. Kami lebih tenang tanpa sosial media. Jangan risau, kami sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan macam kami. Setiap hari kami pergi cari orang-orang yang susah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu.
“Finas memang ada beri sumbangan kepada Puteri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu,” katanya.
Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…
Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.
Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…
Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.