“Jangan Buat Hal, Ini Tempat Ibadat” – PU Amin Dedah Polis Arab Beri Amaran Pada Lelaki Berpakaian Wanita Buat Umrah

Nampaknya isu mengenai seorang jemaah lelaki yang berpakaian wanita semasa mengerjakan umrah bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia. Malahan perkara itu kini mendapat perhatian pihak berkuasa di Arab Saudi sendiri.

PU Amin, pendakwah bebas dan mutawif terkenal yang ketika ini sedang berada di Mekah berkongsi perkara berkenaan di Facebooknya miliknya awal pagi ini

“Tadi ditegur oleh polis. Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam bahasa Arab. Dia tanya saya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke?

“Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu ). Dia kata jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah. Nanti semua orang Malaysia masalah nak buat umrah.

“Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main. Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku. Fuhhh, cukup hebat kes ni, Arab pun tahu. Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah,” katanya

 Dalam satu lagi perkongsian yang berbeza, pendakwah itu yang mengaitakan nama pengasas kosmetik, Sajat turut mendedahkan bahawa petugas Umrah di Makkah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Kementerian Haji dan Umrah serta Kementerian Pelancongan Arab Saudi berhubung isu berkenaan.

Antara isu yang diketengahkan di dalam laporan terbabit ialah kejadian tersebut merupakan satu jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi apabila ada lelaki yang memasuki tempat solat wanita.

“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan-rakan petugas berbicara. Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang. Pelbagai perkara boleh berkait. Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,” tulisnya lagi.

Sebelum ini kecoh di kalangan rakyat Malaysia apabila usahawan kosmetik Sajat berpakaian menyerupai wanita termasuk bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

PU Amin turut menambah, sebelum ini ramai pondan dan maknyah melakukan umrah namun tidak timbul masalah kerana mereka berihram serta melakukan solat  bersama lelaki serta menuruti peraturan yang diberikan.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago