Dari Jauh Macam Ular, Dari Dekat Rupanya…!

Siapa tak kecut perut apabila ternampak kelibat ular di rumah kan? Kadang kala tanpa bertindak panjang, kita akan terus menghubungi pihak Bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.

Namun satu panggilan telefon ancaman ular berbisa yang diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh menjadi bualan netizen kerana apabila tiba di rumah pengadu, didapati ‘ular’ yang disangkakan itu hanyalah plastik berbentuk huruf S.

Itu situasi dialami anggota ketika melakukan tugas menyelamat di sebuah kediaman di Kampung Chica, Kubang Kerian, malam kelmarin.

Ketua BBP Pasir Tumboh, El Taraf Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga itu yang ketakutan apabila melihat seekor ‘ular’ melingkar pada langsir kediaman mereka.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba mereka terlihat kelibat ‘ular’ berkenaan.

“Anggota bomba perasaan itu bukan ular, sebaliknya plastik berbentuk huruf S yang berwarna hitam.

“Mereka bertanyakan di mana ular itu sebelum ditunjukkan ke arah huruf itu. Anggota kemudian ‘menangkap’ ular itu dan mereka ketawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keluarga berkenaan hanya mampu tergelak dan memohon maaf kepada anggota bomba kerana mereka terlalu panik lalu menelefon bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba menerangkan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sejak bertugas di balai berkenaan, ia adalah kejadian pertama yang melucukan membabitkan panggilan menangkap ular,” katanya.

Sementara itu, dalam Facebook, kisah ‘ular’ dan bomba itu mendapat 5,500 tanda suka, 292 komen dan 8,400 perkongsian sejak dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Pakdo Mat’.

Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian dan menganggap itu asam garam dalam tugasan anggota bomba yang sedia bertugas dalam apa juga kecemasan.

Recent Posts

  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

35 mins ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

1 hour ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

3 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

4 hours ago