Senator AS Dakwa China Menipu, Virus Sebenarnya Berasal Dari Makmal

Dalam kesibukan dan usaha China menangani wabak Covid-19 yang semakin banyak meragut nyawa rakyatnya , seorang Senator dari Amerika Syarikat telah mendakwa negara Asia timur itu masih menipu dan melindungi punca sebenar penularan wabak berkenaan yang dikatakan bermula di sebuah pasar basah di bandar Wuhan

Tom Cotton, Senator dari Arkansas dalam satu temubual bersama Fox News berulang kali berkata kerajaan China telah menipu sejak awal penularan wabak berkenaan dan masih menipu sehingga hari ini.

“Situasi ini makin memburuk sebab China telah menipu sedari mula dan terus menipu sehingga hari ini.

“Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini.

“Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut,” katanya memetik Awani yang memetik laporan agensi.

Senator itu turut mengaitkan Covid-19 yang kini telah menjangkiti hampir 700,000 orang serta mengorbankan kankan 1,700 nyawa dengan sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.

“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.

Dalam satu perkembangan lanjut, kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari university berprestij China, South China University of Technology turut merumuskan bahawa virus itu berkemungkinan datang dari dari sebuah makmal di Wuhan.

Saintis, Botao Xiao dan Lei Xiao menyatakan dalam kertas kajian yang diberi nama Kebarangkalian asal usul coronavirus 2019-nCoV bahawa Pusat Kawalan Penyakit Wuhan ‘melahirkan’ penularan wabak itu di wilayah Hubei .

Ini kerana kompleks berkenaa menyimpan haiwan pembawa penyakit di makmal mereka termasuk 605 ekor kelawar; yang kerap dikaitkan dengan virus tersebut.

Kertas kajian turut menyatakan virus berkenaan mungkin mula hidup di fasiliti kajian yang terletak dalam lingkungan 300 meter dari pasar basah Wuhan tersebut.

Sumber Foto Utama :NY Times/ Straistimes

Recent Posts

  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

18 mins ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

31 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

6 hours ago