fbpx
Now Reading
COVID-19 : “Paru-paru bagaikan mahu meletup…”

COVID-19 : “Paru-paru bagaikan mahu meletup…”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jangkita wabak COVID-19 yang mula merebak sejak awal Disember lalu menjadi satu mimpi ngeri pada setiap penduduk di dunia.

Jangkitan tersebut semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian dan masih meningkat sehingga kini walaupun ada juga yang sembuh daripada wabak ini.

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan seorang pesakit yang menghidap wabak ini sehingga boleh meragut nyawa mangsa.

Menurut seorang pesakit warga Palestin yang dijangkiti virus itu, apa yang boleh digambarkan ialah penyakit ini sama seperti selesema namun gejalanya lebih buruk.

Muhammad Abu Namus yang menuntut bidang perubatan di Wuhan, China berkata pesakit yang dijangkiti wabak ini akan menderita kesakitan.”Gejala-gejala ini sangat menyakitkan.

“Pesakit akan rasa seolah paru-paru seperti ingin meletup keluar dari badan,” katanya dalam temu bual dengan Sky News.Dia turut menjelaskan bahawa wabak ini boleh memusnahkan paru-paru.

Abu Namus kini sedang dirawat di Hospital dengan antivirals, ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imunnya selain menjalani ujian X-ray sekali setiap tiga hari.

Bagi seorang lagi mangsa wabak COVID-19, David Abel berkata jangkitan virus ini agak berbahaya bagi mereka yang berusia.

“Jika dijangkiti wabak ini, orang yang lebih berusia menghadapi risiko yang tinggi kerana sistem imun sudah mula lemah,” katanya kepada media.

David merupakan salah seorang mangsa yang dijangkiti dalam kapal pelayaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun.

Sejak awal bulan Disember 2019, lebih 75,241 kes COVID-19 dikesan dan 2,131 orang telah meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.