Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Cadang Tunda Segala Aktiviti Masjid, Surau Sehingga 14 April

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada petang rabu mencadangkan agar semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat ditunda sehingga 14 April.

“Menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah agar rakyat jelata mendirikan solat di rumah atau tempat masing-masing, saya menyeru seluruh umat Islam untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong.

“Hal ini amat penting bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan di seluruh Negara, dengan izin Allah SWT

Gambar Fail

Menurut bekas mufti WP itu lagi , perkara ini selaras dengan pengumuman pelanjutan tempoh PKP oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang rabu dari 1 April kepada 14 April susulan peningkatan kes positif COVID-19 di dalam negara.

“YAB Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Ini berdasarkan perkembangan semasa peningkatan kes-kes positif COVID-19.

“Melihat kepada perkara ini, saya dengan rendah hati mencadangkan agar penangguhan aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah perlu untuk dilanjutkan sehingga berakhirnya tempoh PKP.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Ini adalah selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac 2020 yang telah bersetuju untuk mengambil ketetapan seperti berikut:

“Penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum ini, adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari masa ke semasa.

“Bagi perkara ini saya menyerahkan  pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap Negeri,” ujarnya dalam kenyataan itu lagi.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago