Covid-19 : “Tolonglah Bercakap Benar” – Dr Izzar, Kongsi Rakan Doktor Terpaksa Dikuarantin Kerana Pesakit Menipu

Di saat negara kita sedang genting berdepan Covid-19 yang sudah meragut 27 nyawa di negara kita dan menjangkiti hampir 2320 di dalam negara, kita mendapat perkhabaran ramai petugas barisan hadapan negara terutama pasukan perubatan sedang berdepan satu lagi kemelut baru; kekurangan kakitangan.

Ini disebabkan ramai dari mereka telah dikuarantin dan diasingkan kerana dikhuatiri telah dijangkiti oleh virus maut tersebut.

Semua ini berpunca dari sikap penting diri dan tidak bertanggung jawab pesakit Covid-19 yang tidak bekerjasama dengan memberikan maklumat yang benar kepada petugas kesihatan sewaktu disoal.

Perkara ini turut dikongsikan, Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang meluahkan rasa kecewanya selepas seorang rakannya  Dr Amirul dan beberapa lagi petugas kesihatan dari sebuah hospital terpaksa dikuarantin disebabkan isu terbabit

“Ini Dr. Amirul. Kawan baik saya sejak zaman kolej lagi. Seorang peminat sukan NBA. Malangnya dia juga seorang peminat Liverpool FC

“Lebih malang lagi, beberapa minggu lepas dia telah terdedah kepada seorang pesakit COVID-19 POSITIF selama 3 jam tanpa pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap. Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baru pulang dari Korea

“Bukan sahaja Dr. Amirul yang terdedah, malah foktor-doktor di Jabatan Kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan” tulisnya di Instagram.

Tambahnya lagi, insiden ini menyebabkan operasi hospital menjadi tidak lancar kerana kekurangan kakitangan disebabkan ramai diantara mereka yang terpaksa dikuarantin.

Tambahnya lagi mereka terpaksa berjauhan dari keluarga sepanjang tempoh isolasi tersebut

“Maka doktor2 yang terdedah tu semuanya terpaksa dikuarantin. So, berkuranglah doktor-doktor yang boleh bekerja pula. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah dari keluarga

Walaupun rakannya itu kemudian sudah disahkan negatif dan dapat kembali bertugas Dr Izzar tetap menasihatkan orang ramai agar bersikap jujur dan tidak merahsiakan sebarang maklumat sekiranya disoal oleh petugas kesihatan.

“Tapi , setelah buat test Covid-19, keputusan Dr. Amirul adalah NEGATIF. ALHAMDULILLAH! Sekarang Hero Malaya ni dah kembali bertugas .


Tolonglah bercakap benar! Kalau pernah travel, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif, atau ada gejala2 tu BERITAHU jelah kat petugas kesihatan. Bukan suruh menipu pun. Minta jujur je! Help us to help you!

Terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan dan frontliners. Let’s win this battle. Yang lain, JUST STAY AT HOME. Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua. Aminn.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

14 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago