Demi Keluarga, Wanita Ini Sanggup Jalan Kaki 4KM Dari JB Ke Singapura Semasa PKP

Baru-baru ini tular di media sosial gambar seorang wanita yang dilihat berjalan kaki dipercayai dari Tambah Johor menuju ke Singapura

Difahahmkan dia yang nekad pulang berjalan semasa PKP sedang dilaksanakan kerana ingin menguruskan suaminya yang sudah berusia 80 tahun dan kurang sihat selepas dua minggu menetap di rumah anaknya nya di Johor Bahru.

Memetik Awani, wanita tersebut menghabiskan masa untuk berjalan selama 4 jam dan tiba di Boon Lay Singapura pada 30 malam selepas bertolak dari Kastam Johor Bahru sekitar 5 petang.

Anak lelaki wanita tersebut, Herman Sudil yang menetap di Johor Bahru memberitahu ibunya datang ke rumahnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.

“Sebagai seorang anak bila saya melihat gambar ibu saya, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.

“Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja.

“Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga.

“Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita,” katanya kepada portal berita tersebut.

Beberapa keping gambar wanita tersebut yang berhenti rehat di bahu jalan kerana kepenatan mula tular sejak Ahad.

Tambah Herman lagi, gambar tersebut diambil oleh anak saudaranya yang menemani ibunya pulang ke Singapura pada petang Ahad.

Selepas PKP dilaksanakan hanya rakyat Singapura yang dibenarkan masuk ke republik tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

21 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago