Peminat Peluk Islam Selepas Dengar Lagu Aisyah Nyanyian Siti Nurhaliza

Siapa menyangka Lagu Aisyah Istri Rasulullah yang di cover penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh menjadi asbab seorang peminat memeluk islam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peminat terbabit menerusi ruangan komen pada video yang dimuat naik di akaun Youtube milik Tokti , Siti Official Video.

“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.

“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.

“Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” tulisy individu terbabit.

Yang lebih mengharukan apabila komen tersebut kemudiannya menerima lebih dari 2,000 tanda suka malah turut dihujani respons yang positif dari pengguna lain samaada dari negara Malaysia juga dari negara jiran Indonesia

Ramai turut mengambil kesempatan mendoakan agar saudara baru tersebut untuk terus istiqamah

Memetik Harian Metro, Tokti memaklumkan yang dia mengetahui hal tersebut melaui ruangan komen miliknya.

Tokti turut berdoa agar semua pemintanya agar kekal istiqomah.

“Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang saya nyanyikan semula. Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.

“Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana  menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah.

“Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya.

“Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit.

Terdahulu, lagu original Aisyah nyanyian kumpulan Projector Band yang dicipta oleh gitaris mereka, Angah Razif pada tahun 2013 telah diubah liriknya dan diislamikkan menjadi Aisyah RA. oleh Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 .

Namun lagu versi Islamik mula tular di negara Indonesia selepas dinyanyikan beberapa orang selebriti dari Indonesia dan diberikan nama Aisyah Isteri Rasulullah

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago