Ini Penjelasan Kenapa Banyak Korban Covid-19 Adalah Dari Pesakit Diabetes

Penularan wabak Covid-19 di dunia ketika ini sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Setakt semalam sahaja lebih daripada 2.68 juta kes diisytiharkan di seluruh dunia dengan angka korban meningkat melebih 160,000.

Malah di negara kita sahaja sudah merekodkan 95 kematian dari 5,603 kes positif.

Namun jika anda menyedarinya, kebanyakan pesakit yang meninggal dunia kebanyakannya mempunyai rekod kesihatan yang teruk antaranya penyakit diabetes/kencing manis, obesiti, penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

Malah laporan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mendapati 90% dari jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital, menghidapi sekurang kurangnya satu penyakit kronik.

30% dari keseluruhan adalah pesakit diabetes

Namun dari semua penyakit ini, kencing manis menyumbang hampir 30 peratus dari statistik ini, Perkara ini dikongsikan Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia, Puchong Dr Muhammad Shahruddin.

Yang alami simptom teruk kebanyakannya juga pesakit diabetes

“Sebahagian besar dari pesakit Covid-19 yang mengalami simptom teruk, komplikasi atau maut, dikesan menghidapi penyakit kencing manis.

“Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap and kesan jangkitan Covid-19 adalah jumlah virus, replikasi virus di paru paru dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

Foto : The Conversation

“Lapan puluh peratus dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan sembuh kerana sistem imun mereka bertindak balas secara normal. Namun dalam sesetengah pesakit, sistem imuniti bertindak secara melampau atau berlebihan menyebabkan keadaan pesakit boleh merosot,” jelasnya kepada mStar.

Sistem imuniti yang terjejas atau tidak normal.

Menurut saintis secara teorinya pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi disebabkan sistem imuniti mereka yang terjejas atau tidak normal.

“Ini menyebabkan perbezaan dalam respon imun kepada jangkitan Covid-19. Masalah ini juga dilihat dalam pesakit diabetes yang dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria.

Foto : MedicalXpress

Covid-19 juga menyebabkan komplikasi

“Selain dari tindak balas imun yang tidak sempurna atau normal itu, pesakit diabetes yang dijangkiti Covid-19 juga boleh mendapat komplikasi dari penyakit diabetes itu sendiri seperti kandungan glukosa terlalu tinggi atau rendah (hipoglisemia) serta komplikasi ketoasidosis kencing manis.

Oleh itu, pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis perlu menjaga kesihatan dengan baik terutamanya dalam memastikan stok ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan doktor untuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal,” terangnya lagi.

Sekurang-nya penjelasan ini memberikan sedikit pencerahan dan menjawab tanda tanya orang ramai kenapa ramai pesakit Covid-19 yang meninggal datang dari pesakit diabetes.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

3 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago