“Saya Diberitahu Sudah Dapat Persetujuan Isteri ” – Dr Erin Dakwa Dai Farhan Tipu Dapat Kebenaran Poligami

Heboh media sosial hari ini berikutan pendedahan wanita Aura 19 iaitu Dr Erin bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya penceramah bebas, Dai Farhan.

Menerusi Instagram, Dr Erin berkata penceraian talak satu itu dilafazkan oleh penceramah itu melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Menerusi posting sama juga, Erin mendedahkan kronologi pernihakan mereka yang belangsung di Tanah Suci Mekah di sekitar Oktober tahun lalu.

Menurutnya, dia bersetuju berkahwin dengan Dai Farhan selepas pendakwah itu menyatakan yang dia sudah mendapat persetujuan berkahwin lagi daripada isteri pertama, Fatin Nurul Ain.

“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.

“Ustaz hantar fail permohonan poligami pada 10 Oktober, di dalam fail ini lengkap semua seperti permohonan pasangan yang lain untuk poligami.

“Ustaz juga berulang-alik ke Kedah jumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan bagi permohonan pernikahan. Ujian HIV juga telah dibuat,” katanya.

Kesungguhan Dai Farhan menguruskan perkahwinan mereka menyebabkan dia menyangka semuanya baik-baik sahaja sedangkan Fatin ketika itu langsung tidak merestui hubungan mereka

Antara screenshot perbualan yang dikongsikan Erin

“Pada masa ini memang saya langsung tidak terfikir yang isteri ustaz sebenarnya tidak merestui kerana ustaz bersungguh mengisi segala borang dan hantar.

“Sebab pada saya jika ustaz tak dapat kebenaran tak akan la ustaz pergi hantar fail sebab benda itu semua akan jadi buang masa. Ustaz memang pergi ke Makkah hampir setiap bulan atas urusan sebagai mutawif.

“Ustaz memang ada lagi trip ke Makkah 13 Oktober, jadi saya buat keputusan untuk pergi umrah sekali lagi dan kali ini saya terpaksa mengambil pakej VVIP bilik seorang (sebab pakej ekonomi dah penuh).

“Kami sampai di Makkah pada 14 Oktober dan setiba saja di Makkah ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus di Makkah… untuk menghalalkan terus kerana kami pun dalam proses permohonan poligami yang saya ingat okay. Saya pun setuju,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Erin atau nama betulnya Noorainul Naqim Mohd Radzi berkata perceraian tersebut dibuat atas keputusan bersama.

Tambahnya keputusan itu adalah keputusan terbaik buat dirinya, Farhan dan Fatin yang didakwa belum lagi ‘move on’

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

17 mins ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

49 mins ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

2 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

4 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

4 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

5 hours ago