Penyelidik Australia Puji Cara Malaysia Kendali Wabak Covid-19

Nampaknya usaha tanpa henti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham semakin mendapat pengiktiran global

Selepas usaha keras Dr Noor Hisham diangkat media China dan kemudiannya dipuji , sebuah badan penyelidik dunia, The Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) terbaru beliau dan pasukkannya sekali lagi diiktiraf di peringkat global kali ini oleh penyelidik dari Australia, Stewart Nixon dari The Australian National University  (ANU)

Portal Channel News Asia melaporkan penyelidik berkenaan bukan sahaja memandang tinggi langkah-langkah yang diambil malah memuji cara kerajaan Malaysia mengendalikan virus maut ini sedangkan dua minggu sebelumnya negara kita baru sahaja menghadapi krisis politik.

Perkara ini dikongsikan seorang pakar perubatan Dr Jemilah Mahmood menerusi laman Twitter miliknya. Beliau dalam masa sama turut megambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham dan seluruh pasukannya

Menerusi laporan yang dikeluarkan CNA, antara langkah efektif yang dilakukan kerajaan Malaysia bertindak tegas adalah dengan menghadkan semua jenis aktiviti di luar rumah di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ini boleh dilihat apabila kerajaan bertindak menutup semua premis perniagaan dan melarang sebarang aktiviti melibatkan orang ramai serta melaksanakan Sekatan Jalanraya yang diuruskan pasukan keselamtan yang terdiri dari anggota polis dan tentera

Foto : Malaymail

Tambah penyelidik itu lagi, rakyat Malaysia sendiri wajar dipuji apabila ada diantara mereka yang mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas teruk .

Buktinya boleh dilihat apabila banyak pihak antaranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kumpulan sukarelawan dan individu yang dilihat turun padang membantu rakyat yang kesusahan susulan dari pelaksanaan PKP.

Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya antara NGO yang kerap menghulurkan bantuan sepanjang PKP

Selain itu juga, dasar kerajaan Malaysia yang tidak mengabaikan kebajikan warga asing juga mendapat pujian Nixon. Tanpa memilih status warga asing tersebut, kerajaan akan melakukan saringan dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan sekiranya mereka dikuarantin.

Dalam pada itu, Nixon turut berharap agar negara lain mencontohi langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Namun semua usaha pasukan petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia sekiranya rakyat Malaysia masih tidak mematuhi saranan KKM dan menghentikan rantaian wabak Covid-19 secara total.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago