“Mau Tengok U Sayang”- Curi Info Dari Buku Daftar Pasaraya, Wanita Dedah Diganggu Warga Asing

Sejak pelaksanaan PKPB, mereka yang ini membeli barang di mana-mana pasaraya perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum dibenarkan memasuk premis tersebut.

Antaranya prosedur yang perlu dilakukan adalah memeriksa suhu badan mereka sebelum di ambil butir peribadi seperti nama dan nombor telefon sebagai rujukan premis. Semua ini bagi memastikan pengesanan dapat dilakukan sekiranya terdapat jangkitan COVID-19.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang dengan sengaja telah mencuri butiran peribadi ini demi untuk kepentingan mereka sendiri.

Malah tindakan mereka lebih berani dan menakutkan sehingga ke tahap cuba membuat video call kepada mangsa.

Angkara warga asing

Perkara ini didedahkan seorang wanita di Facebook yang mendakwa diganggu seorang warga asing selepas datanya di ‘curi’ individu terbabit dengan niat untuk mengganggu nya.

Assalamualaikum salam ramadhan

Aku update ni kerana untuk mengingatkan wanita-wanita di luar sana. Aku diganggu oleh warga asing!

[Ahad 17/5/2020] lebih kurang jam 5 ptg aku dengan suami pergi *** untuk membeli barang dapur, sebelum masuk *** kena cek suhu badan dan isi nama n no hp (arahan PM pasal isu covid) dan aku masuk berjalan asing dengan suami tapi jarak tak jauh la.

Lebih kurang jam 5.40pm aku ada terima panggilan dari aplikasi whatssap dan aku bercakap hanya 48saat (aku ada nyatakan gambar) aku tanya dia siapa sebab no tak kenal, dia cakap nak kenal dengan aku dan dia bagitau amik no dalam fb dan terus aku matikan hp dan bagitau suami. Suara nepal.

Suami terus cakap mungkin nepal kat depan tadi kot (staff ***) dan aku malas nak pikir terus silent hp dan simpan dalam handbag dan terus membeli. Dan banyak kali dia call, video call tapi aku tak layan sebab kebetulan busy sangat-sangat.

[Isnin 18/5/2020 jam] Lebih kurang 2.17am, dia ada call dan video call lagi dan menyatakan dia amik no aku dekat ***, so betul la apa yang suami aku kata tu. Dan malam tu suami aku kerja so aku terus whatsapp bagitau suami pasal ni, aku screenshoot bagitau suami.

Ikutkan masa sahur tu terus nk pergi buat report tapi kawan cakap report kena jam 8 pagi ke atas. So tunggu sampai pagi dan aku dengan suami buat report. Selepas selesai, aku dengan suami terus pergi *** untuk jumpa manager (tapi aku tunggu dalam kereta sebab takut dan suami tak bagi keluar).

Tiada staf nama Ahmad

Pihak *** cakap takda pekerja nama Ahmad seperti yang dia bagitau dalam whatsapp itu yang namanya Ahmad. Dan pihak *** minta resit pembelian sebagai bukti yang kami pergi sana, Allahu nasib baik aku simpan lagi resit tu sebab style aku suka buang terus resit (lepas ni kena simpan resit) dan pihak *** berulang kali cakap takda staff nama Ahmad. Okay so suami mintak tengok rakaman cctv untuk pastikan siapa Ahmad. Pihak *** bagi tengok cuma dia minta kerjasama tak boleh record.

Confirmed bukan pekerja pasaraya

Suami dan beberapa orang (kawan suami dan orang ***) tengok rakaman itu, okay memang bukan staff *** dan aku minta maaf kerana buat report (polis) mengatakan staff *** . Yelah sebab masa nak tulis nama tu (ada) pekerja nepal berpakaian *** (seramai) 2-3 orang dekat situ.

Tak nampak muka sebab pakai mask

So suami mengatakan ada 2 orang warga asing (tak nampak sangat muka sebab pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yang isi nama dan no hp dan keluarkan hp dia untuk amik no aku!

Dan masa dia start call pada jam 5.39pm (aku tak jawab sebab tak dengar) masa tu dia berhampiran dgn aku! Dan 5.40pm aku jawab panggilan itu pun dia masih berhampiran dengan aku! Dia ikut kemana aku pergi (dalam ***).

Warga asing ni memang jenis tak takut org ke? Sebab dia dah nampak aku berdua dengan suami memilih barang tapi masih ikut aku dan dia tidak membeli apa-apa barang (tengok melalui rakaman cctv) cuma hanya ikut dan perhatikan aku. Sampai aku keluar *** tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta takda parking dan kami dapat parking dkt hujung-hujung. Kalau aku sorang masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!

Kepada semua wanita.. jangan keluar sorang-sorang

Meskipun gagal mengesan identiti warga asing tersebut dan negara asalnya, wanita ini tetap meminta kaum hawa di luar sana untuk berhati-hati dan mengelakkan diri dari keluar seorang diri.

Kepada semua wanita, tolong berhati-hati. Ajak la suami atau sesiapa untuk teman kita jangan keluar sorang-sorang..tolong!

Walaupun tekaan kami salah( kami fikir staff ***) tapi si pelaku itu tetap salah! Kau dah curi no orang (isteri org) dan kau kacau-siap siap video call bagai untuk apa? Panggil sayang-sayang pulak tu kau balik la negara asal kau!!

Si pelaku bertindak membuat perbualan whatsapp mungkin khuatir selepas dihubungi oleh suami wanita tersebut

Wanita ini turut berkongsi salinan report tersebut yang telah dilakukan di Balai Polis Taman Melawati , KL. Report tersebut bagaimapun terlindung dengan emoji memandkan wanita berkenaan pada port tersebut menyangkakan si pelaku adalah pekerja di pasaraya terbabit.

Oh ya, surat report tu aku terpaksa tutup sebab dalam report tu aku menyatakan yang staff *** amik no aku tapi bukan. Jaga diri semua ya terutama wanita-wanita.

Oh ya, ada whatsapp yang dia delete tu sebab dia dah takut kot sebab suami dan beberapa kawan suami call dia. Tapi alhamdulillah sempat aku screenshoot sebelum dia delete.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago