‘Frontliner’ Tak Didendang

Umum pasti mengakui yang petugas barisan hadapan seperti para doktor, jururawat, anggota polis dan anggota tentera telah bekerja keras tanpa henti dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19.  

Sebagai rakyat biasa, usaha kecil yang dapat kita lakukan bagi membantu mereka adalah patuh kepada arahan kerajaan untuk kekal di rumah.

Semua ini dilakukan oleh mereka yang bergelar rakyat Malaysia demi kesejahteraan kita semua, juga rakyat Malaysia. Bermula dari sinilah tercetusnya semangat kekitaan yang dilaungkan semua iaitu  #KitaJagaKita.

Pekerja sektor 3d juga frontliner

Berbekalkan semangat kekitaan yang kuat ini, diharap anda semua buka mata dan tidak melupakan pengorbanan petugas barisan hadapan lainnya terutama para pekerja di dalam sektor 3D (berbahaya, sukar, kotor) seperti pekerja pembersihan perbandaran dan penyelenggara khidmat pembetungan di Indah Water Konsortium (IWK).

Sama seperti frontliner dan backliner lainnya, mereka ini juga bertungkus lumus , bersiap sedia dan komited dengan tugasan mereka walaupun terdedah pada risiko di sepanjang pelaksanaan PKP.

Malah mereka juga antara sektor-sektor penting yang sekiranya dihentikan operasi mereka mampu menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan anda.

Foto : Indah Water FB

Cara membantu mereka

Jadi sebagai rakyat Malaysia, tunjukkan sokongan anda dan bantu mereka dengan cara-cara seperti:

  1. Elakkan dari membuang sisa pepejal ke dalam longkang dan tandas kerana tindakan ini hanya akan menyulitkan urusan mereka di bahagian sistem pembetungan
  2. Serta membayar bil tepat pada waktunya
    Ini supanya mereka para petugas IWK  mempunyai sumber untuk terus membersihkan pembetung kita.

Boleh dibayar secara online

Buat anda yang tertanya-tanya, bil IWK boleh dibayar secara dalam talian menerusi e-billing yang cepat dan diyakini lebih selamat, selaras dengan saranan kerajaan ajar menjaga penjarakan sosial dan melakukan aktiviti pembayaran tanpa sentuhan.

Namun buat mereka yang tiada kemudahan internet atau perbankan dalam talian, bil IWK anda juga boleh dibayar di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan 99 Speedmart di seluruh Malaysia.

Jom teruskan menyokong barisan hadapan kita! Kita mesti menang! #KitaJagaKita

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago