Bersedekah Di Masjid, Netizen Doakan Lee Chong Wei Dapat Hidayah

Jika diberikan personaliti sukan paling digemari di Malaysia, jawapan orang ramai pasti sama iaitu Datuk Lee Chong Wei.

Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki ini bukan sahaja menambat hati seluruh rakyat Malaysia di gelanggang malah ramai menjadikan dirinya sebagai ikon perpaduan di Malaysia sewaktu dan selepas karier profesionalnya.

Terbaru nama Chong Wei kembali meniti di bibir netizen terutamanya mereka yang beragama islam selepas dia dilaporkan menghulurkan sumbangan buat Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.

Pemberian itu dimaklumkan sendiri oleh MAHSP menerusi akaun Facebook rasmi mereka berserta beberapa foto jaguh badminton itu ketika menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu kemudiannya turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tindakan murninya itu mendapat pujian netizen dimana ramai berharap ia dicontohi pihak lain meskipun berlainan bangsa dan fahaman agama.

Ramai berdoa Chong Wei dapat hidayah

Selain dari mendedikasikan ucapakan terima kasih diatas pemberian sedekahnya itu, ramai juga turut mengambil kesempatan mendoakan agar lagenda badminton negara itu dimurahkan rezeki dan memperoleh hidayah untuk mengenali islam lebih dalam.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago