MAHB Mohon Maaf, Nourul Sambut Baik Keputusan Mereka

Selepas 3 hari insiden salah faham membabitkan penyanyi Nourul Wahab bersama seorang anggota keselamatan di KLIA yang disifatkannyabiadap, Malaysia Airport Berhad (MAHB) hari ini membuat permohonan maaf kepada penyanyi tersebut.

Insiden yang tidak menyenangkan Nourul itu difahamkan berlaku sewaktu penyanyi ini sedang menghantar ibu dan bapa mentuanya yang ingin pulang berangkat ke negara mereka.

MAHB tidak bertoleransi dengan pelanggaran budaya

Menerusi laporan Harian Metro, MAHB memaklumkan yang pihaknya komited dalam memberikan pengalaman mesra kepada semua pelanggan dan tetamunya.

Mereka juga dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran budaya perkhidmatan meskipun dalam melaksanakan prosedur operasi standard malah difahamkan pihak MAHB sudah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota Aviation Security (AVSEC)  itu,

“Di Malaysia Airports, tetamu adalah keutamaan kami. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas berhubung pengalaman anda di lapangan terbang, maklumkan kepada kami dengan menulis ke care@malaysiairports.com.my atau menerusi platform sosial media kami.

“Jika anda memerlukan sebarang bantuan di terminal, kami juga amat mengalu-alukan anda untuk berjumpa dengan duta mesra lapangan terbang kami yang memakai selempang ‘May I Help’.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua penumpang supaya merujuk kepada laman web kami bagi sebarang pertanyaan berhubung normal baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan,” katanya.

Nourul sambut baik keputusan MAHB

Dalam pada itu Nourul menyambut baik permohonan maaf dan tindakan yang diambil MAHB berhubung insiden terbabit namun belum menerima permohonan maaf secara peribadi

“Mereka memberi maklum balas yang pantas dan meminta saya kongsikan maklumat mengenai insiden itu. Saya sarankan kepada mereka supaya memberi amaran dan juga latihan yang lebih khusus berkaitan tatasusila kepada anggota beruniform yang bertugas,”

“Setakat ini saya belum terima apa-apa lagi. Mungkin mereka ada emel kerana pihak MAHB ada meminta alamat emel saya,” katanya kepada Harian Metro.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

14 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago