“Bos Aku Suruh” – Kata-kata Perompak Bank Yang Mahu RM20K Sebelum Ditembak Mati Pengawal Di Kota Tinggi

Kejadian rompakan bank membabitkan tebusan pada jam sekitar 2 petang semalam di Kota Tinggi, Johor benar-benar mengejutkan masyarat Malaysia.

Berkemungkinan bertindak seorang diri suspek yang bersenjatakan sabit hanya mahukan wang rompakan sebanyak RM 20,000 . Ini nyata satu jumlah kecil jika dibandingkan dengan perompak lain untuk jenayah yang sama

Malah motif suspek 19 tahun tanpa rekod jenayah yang berjaya ditembak mati ini telah menimbulkan teka teki dikalangan orang ramai.

Perlukan wang demi ‘selamatkan’ adik ?

Memetik Harian Metro, mangsa tebusan yang terselamat, Mardiah Mat Ripi memaklumkan dia sempat mendengar dengan jelas apa diperkatakan perompak berkenaan yang memerlukan wang demi ‘menyelamatkan’ adiknya.

“Adik aku akan mati jika tak dapat duit”

“Perompak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh’. Dia beritahu terpaksa kerana adiknya akan mati jika dia tidak dapat duit,” jelas Mardiah yang berusia 26 tahun .

Menurutnya kenyataan itu dibuat perompak yang baru berumur 19 tahun itu sewaktu ditanyakan motifnya oleh pelanggan bank lain yang terperangkap bersama dengannya.

“Ada pelanggan tanya, kenapa buat macam ini untuk menenangkan keadaan. Perompak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit adik aku mati’ kata perompak itu.

Aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia Kalau tak dapat duit adik aku mati’

– Suspek rompakan bank yang ditembak mati

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya menjadi tebusan. Nyawa saya ibarat berada di hujung sabit,” katanya menerusi perbualan bersama Harian Metro

Anggota polis yang mengawal pintu masuk bank selepas kejadian

Bersandar di dinding sebelum didatangi suspek

Mengimbas lanjut mengenai insiden berkenaan, Mardhiah yang ke Bank untuk menemani ibunya Ratnah Ahab, 56 ketika itu sedang bersandar di dinding sementara menunggu ibunya menyelesaikan urusan sebelum dia tiba tiba didatangi suspek yang bertopeng dari belakang yang terus mengacukan sabit di lehernya.

“Saya memang terbayang-bayang insiden itu, masa sangat pantas, rasa takut sangat. Memang nyawa dekat hujung sabit. Saya hendak lari ke kiri tidak boleh, ke kanan tidak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di leher saya.

“Cuma ingat pegawai bank cakap dengan perompak itu sabar encik jangan apa-apakan budak. Rasa memang lama sabit berada di leher. Ibu juga merayu saya tidak dicederakan,” katanya.

Suspek cuba menukar tebusan

Suspek kemudian melepaskan Mardiah, sebelum menerpa ke arah ibunya untuk dijadikan tebusan seterusnya namun wanita itu yang mengalami sakit lutut difahamkan telah terjatuh dan tidak berupaya bangun.

Perompak yang terleka cuba membantu ibunya bangun bagaimanapun berjaya ditembak oleh pengawal keselamatan menggunakan ‘pump gun’ seterusnya berjaya mengawal situasi yang mencemaskan itu.

Timbul cerita suspek merupakan seorang OKU yang lurus

Sementara itu di media sosial timbul cerita yang mengatakan suspek merupakan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran. Suspek juga seorang yang lurus dan ada yang mendakwa suspek seolah telah dipengaruhi oleh ‘seseorang’

Arwah pemegang kad oku…mental disorder..lurus budaknya.. mempunyai masalah pembelajaran….pe yg bermain di fikiran sy…mst ada pihak yg mempengaruhi nya utk bertindak sedemikian rupa..jika dia normal…mane mungkin kn snggup merompak seorang diri…mungkinkh ada mastermind di sebalik semua ini….namun…apa2 pun..alhmdulillah..mangsa selamat….tidak membela suspek..hnya menerangkn kondisi sebenar suspek kpd mrka yg tidak mngenali siapa suspek…..semoga jd pngajaran kpd kita semua – jelas seorang netizen, Aleeyah Humaira

Arwah ni asal semenchu dan pernah bekerja di kedai saya selama sehari. arwah ni masa sekolah pendidikan khas – tulis seorang lagi netizen, Mohd Ikhmal

Apa-apapun biar pihak berkuasa yang menyiasat perkara ini. Jika benar wujud tangan ghaib dibelakangnya, individu tersebut seharusnya dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

7 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

8 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

9 hours ago