Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti semua orang sudah terbayangkan wajah figura penceramah bebas yang juga seorang aktivis masyarakat yang sentiasa dilihat menghulurkan bantuan bersama dengan pasukannya.
Malah boleh dikatakan namanya semakin dikenali dan begitu disenangi oleh umat islam juga penganut agama lain justeru sikapnya yang menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama.
Terbaru, menerusi laman Facebooknya ustaz Ebit telah membuat pengumuman yang dia kini ada menawarkan servis khidmat ambulan dan juga van jenazah.
Sama seperti kebiasaanya semuanya ditawarkan secara percuma untuk mereka yang benar-benar memerlukan
“Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung.
“Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung. Rindu mak sangat. Terima kasih yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu ” tulis beliau sebagai status
Beliau turut meninggalkan nombor bagi memudahkan orang ramai atau mereka yang memerlukan untuk van jenazah dan ambulans miliknya dan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia iaitu : 011-70787900
Menerusi satu lagi perkongsian, van jenazahnya yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Kasih Umat Malaysia itu sudahpun memulakan tugasan pertama mereka pada pagi sabtu dengan menghantar jenazah seorang wanita yang merupakan ibu kepada 4 orang anak dari Klang, Selangor ke Pasir Mas, Kelantan
Selain membantu menguruskan pengangkutan jenazah si ibu, Ustaz Ebit turut meluahkan hasratnya untuk cuba membantu keluarga tersebut memandangkan kesemua mereka kini bergelar anak yatim piatu.
Perkongsian yang dibuat oleh pendakwah bebas tersebut, kemudiannya mendapat respons positif dari pengikut dan netizen.
Ramai meluahkan rasa terharu dan mendoakan rezeki ustaz Ebit terus dimurahkan oleh Allah S.W.T agar terus membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…