Akui Tiada Job Lakonan Selepas Bertudung, Zila Bakarin Bersyukur Rezeki Mencurah-Curah

Peminat dunia hiburan tempatan baru-baru ini dikejutkan dengan berita penghijrahan pelakon senior Zila Bakarin yang sudahpun berhijab sejak Februari lalu.

Perkara tersebut benar-benar menggembirakan peminat dan pengikut Zila. Namun disebalik penghijrahan tersebut, aktres tersebut mendedahkan dia kini tidak lagi mendapat tawaran berlakon .

Difahamkan rata-rata tawaran yang datang sebelum ini berdasarkan imejnya yang terdahulu justeru apabila mereka mengetahui yang dia kini sudahpun bertudung mereka kemudia memaklumkan  tawaran itu kerana tidak sesuai dengan imej terbarunya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh aktres berkenaan sewaktu ditemual penyampai radio Zayan, Lin Ariffin untuk satu program radio tersebut.

“Sejak saya berhijab februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu.

“Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antagonis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya,” katanya.

Meskipun begitu Zila atau nama betulnya Rosmawati Bakarin tetap reda dengan perkara tersebut malah menurutnya sejak PKP rezekinya sentiasa dipermudahkan .

“Bukannya takde job tu saya suka namun saya gembira kerana saya terima semua itu dengan reda dan saya percaya dengan rezeki Allah.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga,” katanya.

Terdahulu, Zila memaklumkan hatinya terdetik untuk berhijab secara tiba-tiba dan tanpa paksaaan sesiapa

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

10 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

11 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

12 hours ago