Inginkan Suasana Makan Yang Berbeza? Mungkin Nightbus 127 Dapat Memberikan Satu Kelainan

Banyak kedai makan rare di negara kita, darilah kedai makan menggunakan kapal, makan di udara, kafe dalam container  rooftop cafe dan pelbagai lagi.

Namun pernah dengar mengenai kedai makan dalam bas? Haa lain dari lain kan?

Perkenalkan Night Bus 127, sebuah kedai makan yang beroperasi di Jenjarom . Menggunakan bas lama yang sudah diubahsuai, kedai ini pasti menjanjikan anda satu kelainan .

Lengkap dengan meja makan serta bangku, kafe didalam bas ini turut menyediakan penghawa dingin didalamnya. Justeru tiada apa yang perlu anda bimbangkan, segalanya lengkap.

Bukan sahaja menarik, mereka yang gemarkan suasana retro, pasti trip ke sini akan menjanjikan anda satu kenangan yang manis.

Anda hanya perlu duduk santai dan makan!

Bercerita pasal makanan Night bus 123 menawarkan masakan western baik dari burger, piza, pasta sehinggalah makanan gril seperti Chicken Chop.

Minuman di sini juga dengarnya sedap dan memang menarik !

Hasil dari pemerhatian kami ramai yang mencadangkan makanan signature mereka iaitu Beef and Lamb Burgers. Dari innti dagingnya, roti jenis semuanya resepi sendiri.

Hmmm nampak menarik bukan?? Meskipun bertema antik, menu makanannya memang buat terkecur air liur.

Nightbus 127 ini sedikit jauh daripada kotaraya Kuala Lumpur, tapi kalau nak nikmati pengalaman menarik macam ini, apa salahnya drive?

Alamat: Lot 389, Jalan Klang Banting, Batu 13 Jenjarom, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 5pm – 12am (Ahad hingga Khamis), 5pm -1am (Jumaat dan Sabtu). Tutup pada Selasa

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago