Berpuluh Tahun Dihina, Lelaki Bernama Kentut Ini Akhirnya Berjaya Tukar Nama

Semua orang pasti mahukan nama yang sedap disebut dan mempunyai makna yang baik? Bagi kita sebagai umat islam, nama bukan hanya sebagai penanda atau identiti sebaliknya ia adalah doa bagi diri dan hidupannya.

Namun tak semua orang bernasib baik diberikan nama yang sedap dan baik maksudnya.

Ada yang terpaksa berdepan malu dan hinaan ekoran nama yang dipilih ibu bapa mereka pada waktu dahulu dilihat tidak bersesuaian dengan manusia seperti nama Saiton dan Tuhan.

Perkara sama turut dirasai lelaki ini yang dilahirkan dengan nama Kentut. Kisah lelaki kelahiran Karanganyar, Jawa Tengah menjadi tular di media sosial Indonesia dua tahun dahulu selepas dia dilaporkan membuat permohonan untuk menukar namanya.

Difahamkan dia dari kecil lagi sudah berdepan pelbagai hinaan dan tohmahan ekoran dari nama yang diberikan kedua ibu bapanya.

Mereka sebelum ini pernah mencuba untuk menukar kembali namanya selepas Kentut kerap mengadu diejek disekolah namun disebabkan kurang biasa dengan prosedur menukar nama dan sebagainya hajat tersebut kemudiannya terpaksa dilupakan.

“Ibu bapa saya hanyalah petani biasa di Karanganyar, Solo, jadi mereka kurang arif mengenai perkara sebgini, akhirya mereka sendiri menganggap ianya tidaj boeh dan mustahil” jelasnya kepada media.

Namun pada 2018, kentut mula nekad untuk menukar namanya dan memohon di Mahkamah Negeri Tangerang selepas anaknya sendiri mengadu dia dihina dan diejek oleh rakannya dek kerana namanya itu.

“Pernah suatu ketika, anak saya tidak mahu pergi ke sekolah kerana malu apabila diejek ‘kentut’ oleh kawan-kawannya,” kata Ihsan Hadi kepada pemberita.

Tanggal 2 April 2018, Hakim Elly Istianawati akhirnya meluluskan permohonan lelaki ini untuk menukar namanya dari kentut kepada Ihsan Hadi.

Jelas dia kini boleh menarik nafas lega sahaja lega namanya berjaya ditukarkan malah dia dan anaknya kini bebas dari sebarang ejekan rakan dan orang sekeliling

Recent Posts

  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

4 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

3 days ago