Orang Ramai Bersesak Di Jeti Kuala Perlis, Majoriti Langgar SOP

Penularan wabak Covid0-19 di negara kita setakat hari ini sudah mencatatkan lebih 9,000 kes di seluruh negara. Susulan dari itu kerajaan Malaysia telah mewajibkan beberapa SOP dan kebiasaan baharu yang harus dipatuhi semua orang dalam mencegah penularan wabak ini.

Selain mengenakan pelitup muka, menjaga penjarakan sosial juga adalah SOP yang diketengahkan oleh KKM dalam mencegah wabak COVID-19 di Malaysia.

 Namun situasi ini ternyata berbeza di Terminal Feri Kuala Perlis, semalam, dimana majorit pengunjung dilihat ingkar pada arahan dan SOP yang telah di tetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Difahamkan semua ini terjadi disebabkan feri di sebelah pagi yang sepatutnya ke Pulau Langkawi terpaksa ditunda perjalanannya memandangkan air yang agak cetek

Ia sekaligus menyebabkan ratusan pengunjung terkandas lalu mula berkumpul sehingga melebih kapasiti maksimum yang ditetapkan.

Lebih memburukkkan keadaan apabila pengunjung dari feri belah petang pula mula tiba dan masuk beratur menyebabkan keadaan semakin sesak dan tidak terkawal.

Insiden ini jelas menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan netizen yang khuatir akan terjadi nya satu lagi kluster baru memandangkan negeri-negeri di utara ketika ini masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penularan kembali Covid-19 di sana disebabkan kluster seperti Sivagangga.

Malah rata-rata yakin kebanyakan pengunjung adalah pelancong dari seluruh negara terutama dari ibu kota memandangkan cuti sekolah sempenan Awal Muharram semalam.

Keadaan bagaimanapun kembali normal selepas Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew menghantar satu pasukan anggota keselamatan yang terdiri dari 12 anggota untuk mengawal keadaan di terminal berkenaan dibantu dengan situasi air yang mula pasang.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

10 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

36 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago