Proton Perdana Di Bangunan Terbiar UK Rupanya Milik Tun M, Di Hantar Untuk R&D

Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai satu perkongsian video oleh salutan Youtube, Lost Adventure yang telah menemui beberapa buah kereta mewah bersama sebuah Proton Perdana di sebuah bangunan terbiar di Surrey, United Kingdom

Bangunan berkenaan kemudiannya disahkan merupakan bangunan pejabat dan bengkel kepada syarikat Bristol Cars Limited, syarikat pengeluar kenderaan di UK yang telah dibubarkan pada Mei lalu.

Yang menjadi persoalan orang ramai adalah ke keberadaan Proton Perdana berkenaan yang turut lengkap dengan nombor pendaftaran VK 5231 yang merupakan nombor pendaftaran kenderaan dari Kuala Lumpur.

Semalam portal FMT melaporkan kereta tersebut sebenarnya adalah milik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hasil dari maklumat yang dikongsikan seorang bekas pegawai beliau di sebuah laman Facebook.

Menurut individu tersebut kereta itu telah dihantar kepada sebuah syarikat Frazer-Nash Research Ltd yang turut dimiliki pemilik Bristol Cars, Kamal Siddiqi di United Kingdom pada 2016 untuk menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha Tun untuk pembangunan teknologi hibrid.

“Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk tukar kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan dekat UK.

“Oleh sebab Tun M ini jenis yang suka akan teknologi baru dan tidak mahu kita ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D “

Menerusi perkongsian itu lagi, individu berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Proton Perdana 2nd Gen itu telah melalui proses R&D atau pun belum.

Namun menurutnya jika penyelidikan tersebut berjaya Proton akan mampu untuk bersaing dengan jenama terkemuka lain dalam membangunkan teknologi kereta hybrid.

Sebagai rekod Bristol Cars terkenal dalam membaik pulih kenderaan terpakai malah mereka juga antara pengeluar kereta yang masih memasang kereta menggunakan tangan.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago