“Yakinlah Kepayahan Akan Dibalas Kejayaan Berganda”- Instafamous Ini Kongsikan Hikmah Hidup Bermusafir

Ramai pasti mengetahui Islam sangat mengalakkan penganutnya bermusafir. Malah di dalam Al- Quran sendiri terdapat ayat yang menceritakan tentang mengembara.

Secara ringkasnya permusafiran adalah perpindahan daripada satu tempat menuju ke tempat yang lain bagi tujuan tertentu dan ramai mengaitkannya untuk mencari rezeki atau peluang mendapatkan kerja di tempat baru.

Namun boleh dikatakan rata-rata mereka yang bergelar musafir yang sanggup merantau jauh demi medapatkan rezeki adalah mereka yang mencuba nasib selepas ‘jatuh’ dan pastinya mereka ini kekurangan serba serbi.

Namun perkongsian dari sosial influencer dan penyanyi, Taleeb Mizad di laman sosial mengingatkan orang ramai terutama golongan musafir bahawa mereka tidak berseorangan malah status mereka diangkat tinggi dimana doa mereka ketika itu adalah maqbul.

Jelas Taleeb, waktu bermusafir, manusia pasti melalui detik kesusahan & keletihan. Namun mereka seharusnya menggunakan kelebihan yang mereka miliki dengan menadah tangan dan berdoa apatah lagi doa adalah senjata seorang mukmin.

Semua nasihat ini diberikan atas pengalaman lalunya dimana dia sendiri pernah hidup bermusafir dan berkelana di tempat orang selepas pemergian ayahnya apatah lagi terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana.

Menurut Taleeb lagi, sewaktu di awal fasa perkahwinannya dia masih lagi meneruskan kehidupan bermusafir dengan mengembara ke mana-mana dengan menaiki motosikal dan bas seperti yang pernah tular di media sosial suatu ketika dahulu.

Dia yang bersyukur rezekinya kini semakin bertambah hingga mampu memiliki kereta sendiri menjelaskan semua ini hasil usaha kerasnya bersama isteri , serta kesabaran mereka dalam menempuhi fasa awal perkahwinan dan yang paling utama, berkat doa mereka sewaktu bermusafir.

Tambah pelantun suara lagu Restu Cinta itu lagi, antara faktor lain rezeki dan kejayaan itu juga hadir kerana keutamaan yang diberikannya kepada anak dan isteri serta bakti yang ditaburkan kepada orang tua kita.

Malah dia jua bersyukur apabila dapat mengharungi saat getir di musim Covid-19 malah berhasil mendapatkan reward dari peniagaan yang diusahakannya bersama isteri tercinta.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago