Askar Maut Jatuh Tingkat 3, Abang Dakwa Adik Tak Tahan Hari-Hari Di Buli

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai arwah Abdul Aziz Aznam, anggota tentera yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan kem tentera di Batu Pahat, Johor .

Abang mangsa, Mohamad Amirulnaim, 23, berkata, dia menghantar adiknya itu ke kem pada 5 petang dan adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan namun siapa menyangka tidak sampai sehari, mereka dikhabarkan berita yang dia jatuh dari ketinggian tiga tingkat dan tidak sedarkan diri

“Kami hantar dalam keadaan sempurna.. kami rasa ralat kerana tidak sampai 24 jam hantar ke kem jadi macam itu.

“Selepas selesai urusan menghantar adik kami terus balik ke Ipoh dan pada 3 pagi kami mendapat panggilan telefon daripada kem memaklumkan pada 12 tengah malam adik jatuh tingkat tiga bangunan.

“Pada 12 tengah hari keesokan harinya, kami terus bergerak ke sana dan ketika itu adik berada dalam keadaan koma dan kami diberitahu adik mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan,” katanya kepada media.

Jelas Amirulnaim dia dak keluarga menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa namun berharap kematian agar adiknya terbela.

“Harap pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat siasat dengan betul dan telus mengikut undang-undang, biarlah ada keadilan dalam siasatan itu nanti.

“Buat masa ini, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana tidak tahu kedudukan sebenar kejadian, jadi kami serahkan sepenuhnya kepada polis dan tentera untuk menyiasat”

Menerusi laporan Harian Metro, Amirulnaim turut berkata arwah sebelum ini ada menyuarakan hasrat untuk nrhenti berkhidmat kerana tidak tahan di ragging

Namun mereka sekeluarga hanya merasakan itu satu perkara biasa justeru memujuknya untuk terus bertahan

Foto : Sinar Harian

“Sebelum ini dia pernah bercakap melalui telefon menangis memberitahu tidak tidak tahan kena buli teruk, dia cuma cakap hari-hari kena tumbuk di dada,” katanya.

“Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena, tapi kami anggap itu perkara biasa, sehinggalah arwah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk di sini selama lebih enam bulan.

“Sepanjang tempoh dia di rumah, dia nampak betul-betul ceria, tolong mak dan adik beradik lain buat kerja, jadi bila dia beritahu sekali lagi yang dia nak berhenti, kami tak sampai hati dan bersetuju dengan keputusannya itu,” jelasnya lagi.

Arwah Abdul Aziz bersama ibunya Foto : Sinar Harian

Memetik Sinar Harian, Amirulnaim turut memaklumkan adiknya pulang ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu untuk melapor diri dan dengan harapan dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan.

“Saya dan mak yang hantar dia sampai ke pintu kem, bila semuanya selesai kami pun pulang, tapi tak sampai 24 jam, keesokan pagi sekitar jam 3 pagi saya dapat panggilan yang adik jatuh dari tingkat tiga bangunan.

“Saya dan mak menyusul ke hospital dan ketika itu keadaan adik sungguh menyayat hati, dia dah tak sedarkan diri,” katanya.

Jelas Amirulnaim lagi, selain arwah adiknya, arwah bapanya yang baru meninggal dua tahun lalu juga merupakan seorang bekas tentera.

Allahyarham Abdul Aziz menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang semalam selepas sembilan hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Recent Posts

  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

19 mins ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

1 hour ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

1 hour ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

2 hours ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago