Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Mempunyai Wang Kertas Yang Rosak

Berilah apa sahaja jenis kertas pun, pasti wang adalah yang paling tinggi nilainya bukan?

Namun apalah ertinya mempunyai wang tersebut jika ianya tidak diterima orang lain kerana keadaannya yang rosak, koyak dan sebagainya.

Kenapa ini terjadi? Sebabnya mengikut standard Bank Negara Malaysia (BNM ) wang yang rosak dikategorikan sebab wang yang tidak sesuai digunakan.

Jadi macam mana pula nak tahu wang itu sesuai dan masih boleh digunakan

Kriteria wang yang sesuai digunakan menurut BNM

• Wang itu tulen dan bukan palsu
• Tidak berlubang, koyak, bertampal atau
hilang beberapa bahagian daripadanya
• Bersih secara keseluruhannya dan tidak terlalu kotor
• Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
• Tidak berconteng

Jadi jika wang kertas anda masih cantik , tulen dan tiada dalam senarai diatas yakinlah ianya masih boleh diguna pakai.

Namun buat anda mempunyai wang yang rosak, jangan khuatir kerana ianya mungkin masih ada nilai. Meskipun tidak diterima di banyak tempat, wang tersebut sebenarnya masih boleh ditukar bergantung kepada kondisi wang kertas tersebut.

Malah tidak mustahil untuk anda menukar wang yang rosak hatta sudah dimakan anai-anai sekali pun seperti yang dikongsikan seorang pemuda ini di Twitter.

Menarik bukan ? Jadi adakah semua duit rosak, koyak dan diconteng sebagainya boleh ditukar? Boleh atau tidak bergantung kepada keadaannya seperti yang digariskan BNM didalam panduannya.

Bagaimana BNM tentukan?

Jadi bagaimana BNM menentukan sama ada wang tersebut masih lagi boleh ditukar atau tidak dan berapakah nilainya?

Secara ringkasnya untuk wang kertas ia terbahagi kepada dua iaitu wang kertas conteng dan wang kertas rosak.

Wang kertas conteng

Wang kertas conteng adalah wang kertas yang terdapat perkataan, tanda, simbol, lukisan dan karikatur, sama ada ditulis atau dilakarkan pada permukaan wang kertas dengan sengaja.

  1. Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan
  2. Tiada nilai (tak laku untuk ditukar) untuk wang kertas yang mempunyai contengan ketara (iaitu terdapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tulisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan/pad tulis)

Wang kertas Cacat

Wang yang koyak, terbakar, pudar, dan dimakan anai-anai termasuk dalam kategori wang kertas cacat. Nilainya juga bergantung pada tiga keadaan di bawah seperti yang dikongsikan Abdul Rahman di Twitternya:

  1. Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  2. Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  3. Tiada nilai (tak laku untuk ditukar) untuk wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada saiz asal. Maaf !

Jadi jika anda rasakan wang anda masih lagi bernilai selepas membaca artikel kami, kumpul kan kesemuanya dan segeralah ke BNM atau cawangannya di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Menerusi panduan yang dikeluarkan BNM ianya juga boleh ditukar di mana-mana bank komersil terdekat, namun terdapat segelintir orang ramai yang membuat aduan bahawa mereka gagal menukar wang mereka di bank tersebut. Jadi kami cadangkan anda boleh mencuba nasib anda atau teruslah ke BNM.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

57 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago