https://www.buzzkini.com/trending/2020/09/04/jujurnya-saya-kecewa-veveonah-mosibin-buka-mulut-isu-didakwa-tiada-exam-ketika-sewaktu-rakam-video/ “Saya Mohon Maaf Kepada Beliau Bagi Pihak Kerajaan” - KJ Turun Padang Bertemu Veveonah | BuzzKini

“Saya Mohon Maaf Kepada Beliau Bagi Pihak Kerajaan” – KJ Turun Padang Bertemu Veveonah

Selepas seminggu media sosial di Malaysia ‘panas’ mengenai salah faham membabitkan dua Timbalan Menteri dan mahasiswi UMS, Veveonah Mosibin, keadaan kini dilihatkan semakin pulih selepas Jemaah Menteri bermesyuarat dan memutuskan isu sebenarnya adalah berkenaan dengan capaian internet.

Perkara itu dikongsikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menerusi satu hantar di Twitter miliknya semalam. Menerusi hantaran sama beliau turut berjanji akan memperbaiki mana-mana kekurangan berhubung isu terbabit.

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2020/09/09/isu-veveonah-kabinet-ambil-maklum-kenyataan-dua-timbalan-menteri-tidak-wajar-kj/

Terbaru Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ dilihat mengorak langkah lebih efektif apabila dia sendiri turun bertemu gadis tersebut untuk membuat permohonan maaf bagi pihak kerajaan.

KJ yang kemudiannya melawat fasiliti di UMS difahamkan turut bertemu ibu bapa Veveonah nya di sana

“Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan” tulis KJ di laman Twitternya

Dia turut berkesempatan mengajak Veveonah untuk menyertai Yayasan Invovasi dalam membangunkan satu projek pemelihaan alam sekitar di kampung mahawiswi tersebut

“Saya juga telah cadangkan untuk Veve berkerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar ” jelasnya lagi.

Perkongsian KJ jelas menarik perhatian netizen yang rata-ranya memberikan reaksi positif. Ada juga dikalangan netizen yang turut menyifatkan langkah yang diambil Menteri itu telah tepat meskipun ada segelintir yang mendakwa ia hanyalah satu strategi politik memandangkan PRN Sabah sudah semakin hampir.

Terdahulu Veveonah meluahkan rasa kecewanya selepas Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa dia tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu merakam video tular tempoh hari

Timbalan Menteri itu kemudiannya menerusi satu posting di Facebook tampil membuat permohonan maaf kepada Veveonah dan memaklumkan mendapat info salah berhubung perkara tersebut melalui Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Haji Abdul Rahim Bakri yang juga MP Kudat.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago