Karbon Monoksida Pembunuh Senyap, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Mengharungi satu perjalanan jauh tidak dinafikan amat memenatkan tidak kiralah sama ada menerusi pengangkutan darat, air mahupun udara.

Bagi yang menggunakan penggunaan darat kita kebiasaannya pastinya akan singgah berhenti di mana-mana kawasan hentian rehat atau pun di tepi jalan untuk menghirup udara segar dan menghilangkan rasa penat.

Foto : TimesMedia

Namun ada juga yang terlalu letih sehingga memilih untuk melelapkan mata buat seketika. Ianya tidak menjadi masalah asalkan anda tidur di dalam kereta yang enjinnya sudah di matikan.

Namun jika anda gemar tidur dalam kereta dengan enjin yang masih terbuka, ada baiknya perkara tersebut dihentikan.

Menerusi laporan Awani, sekiranya kereta anda mengalami masalah pada ciri mekanikalnya , besar kemungkinan akan berlakunya kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan. Jadi jika anda tertidur ini akan meningkatkan risiko mati lemas.

Bagaimana ianya terjadi?

Ini kerana pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada bahagian ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kabin kenderaan anda.

Asap ekzos mengandungi gas berbahaya

Sebelum kita pergi jauh, pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan akan menghasilkan asap ekzos. 

Asap ekzos ini sebenarnya mengandungi gas herbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Kereta tidak bergerak sukar membebaskan gas beracun dengan selamat

Menerusi perkongsian Public Heatlh Malaysia, sewaktu kereta berjalan sistem ekzos yang baik akan berupaya membebaskan gas-gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat.

Namun ia akan menjadi sebaliknya apabila kenderaan tersebut tidak bergerak dan hanya kekal statik sedangkan enjinnya masih lagi dihidupkan. Lebih memburukkan keadaan sekiranya sistemnya mengalami kebocoran.

Lebih menyukarkan kerana kehadiran gas CO sukar dikesan kerana ianya tidak mempunyai bau dan warna, tanpa disedari ianya sudahpun masuk ke saluran pernafasan seterusnya ke saluran darah.

Gas beracun ini kemudiannya akan bercampur dengan bahagian sel darah merah yang membawa oksigen yang dipanggil hemoglobin lalu membentuk carboxyhaemoglobin.

Perkara ini menyebabkan darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan manusia gagal dan mati.

Kebiasannya mereka yang mengalami keracunan CO akan mengalami sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan .

Namun sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Jadi sebaiknya, elakkanlah dari tidur di dalam kereta. Sekiranya anda perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Foto Kredit : Criminal Defence Lawyers Australia

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

1 hour ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

3 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago